yawn people

bull-set (1) different (1) feel good (2) gila (1) imejan (8) kongsi (1) lyrics (4) mak long (1) mass-ak (1) no tag (1) poyo (1) rungutan (16) rutin (13) sakit (1) welcome (1)
recently listening to this : san cisco.awkward

Monday, March 26, 2012

mesin masa

masa cepatlah ke depan
aku mahu lihat diri aku bila 30 tertera pada hayatku.insyallah.
aku mahu lihat diriku bertungkus lumus menyiapkan projek2 besar
di dalam ofis dengan cawan kopi yang bersepah
dengan bungkusan makanan setia berada di sisiku
dan jam di dinding menunjukkan angka 3 pagi
kertas kerja berselirat di atas meja
sepotong sandwich tuna rapat di mulut
sambil tangan gigih bermain dengan tetikus
mata kejang menatap pc yang ibarat kekasih 24 jam.
gila kan? aku nak lihat hidup aku macamtu ketika aku 30 tahun.

aku balik rumah hanya pada waktu orang sekeliling baru bangun
sampai di rumah kucingku bernama sepat mengiaw tanda ucapan
"kau pergi mana hah hari2 balik lambat"
lalu aku mengetuk kepala sepat tanda aku sayang dia.
sepat pastinya kucing jantan yang telah di kasi
aku layangkan tubuh aku di atas sofa
dan mengunci jam yang sudah uzur
yang pastina setiap kali berbunyi
aku akan rendam dalam akuarium chuck bass.nama ikan emas

apabila bangun setelah tidur2 ayam selama 2 jam
aku capai tuala dan membelek muka yang..emm..lupakan muka
emm mata yang ibarat panda
tapi tetap tersenyum tanda aku puas dengan kesibukan aku setiap hari

mungkin aku tak rajin tapi aku akan sambung bila aku rasa aku macam rajin.



i

No comments: