aku masuk dalam bilik air dengan perasaan yang malas.
aku pandang cermin.aku tengok muka aku dalam-dalam.
aku mula berbicara dengan diri sendiri.berbicara dalam hati.
dan ini bukan novel bicara hati yang kau orang gilakan tu -.-
hati aku mula mengeluarkan semua persoalan yang terpendam
aku tanya apa kurangnya diri aku ni?
besar sangat ke salah aku?
teringat kisah dulu kan.
di mana aku kerap bertengkar dalam telefon
hanya untuk dapatkan perhatian dari dia.
agak sukar untuk berhubung dengan dia masa tu
atas sebab dia sibuk dengan kelas animasi di bandar.
imbasan sebelum masuk ke bilik air
aku telefon dia.
aku bersembang dengan dia.
aku gelak.
aku simpati.
aku senyum.
aku tanya itu dan ini.
dan aku tanya apa perkembangan hidup dia.
ya kami berbicara tentang jodoh.jodoh dia.
dia redha seperti selalunya.
nak cakap pun agak sedih.
budak tu sangat baik dengan penampilannya,akhlaknya.
aku judge dari apa yang aku dengar dari dia.
keluarga diorang saling mengenali
di situ aku mampu pura-pura yang aku excited
dengan cerita dia.
budak tu sangat comel aku rasa.
kerana jarak umur yang agak jauh dari kami.
satu je aku rasa lepas perbualan aku dengan dia tamat.
putus harapan.
kecewa.
sedih yang teramat.
bercampur jadi satu : loosernya aku.
aku pandang dalam-dalam wajah aku di cermin
menangis kau.merah hidung kau.merah pipi kau.
sau persatu air mata kau gugur sebab kau rasa kau akan kehilangan seseorang.
seseorang yang kau sayang.ya kau pelik kan? selama ni kau rasa kau dah buang semua-semua tu
kau rasa kau dah lega.tapi ternyata kau silap.semua-semua tu masih ada.
kau rasa sangat keliru dengan perasaan kau kan?
ya kau masih lagi ada rasa tu pada dia.dia yang dah lama lupakan kau.
dan kau? masih hidup dengan memori yang dia tinggalkan untuk kau ratapi.
lama kau berdiri depan cermin.kau tak penat?
aku tak rasa penat.rasa penat tu tak dapat tandingi perasaan aku masa tu.
aku pasang shower.
hapuskanlah kesedihan aku ni.
tolonglah!
berderai lagi air mata aku.
bertemankan air shower yang deras.
teresak-esak aku dalam ruang mandi yang kecil tu.
seksanya.mental dengan fizikal aku masa tu.
even tengah menulis pun terasa lagi perasaan aku masa tu.
dia tak tahu ke aku sangat sedih
aku sangat kecewa
aku sangat sangat terseksa.
semua ni buat aku penat.
praktikal tak membantu aku lupakan dia.
kerja yang memeningkan tu masih tak mampu
buat aku lupakan dia.
aku tak tahu nak buat apa.
aku tak tahu sampai bila aku masih pegang benda yang menyeksakan diri aku.
No comments:
Post a Comment